
Apa sebenarnya erti cinta?
Semua orang ingin dicinta
Kerana cinta itu indah
Terpaling indah dalam hidup kita
Kadang bila kita cinta seseorang
Kita akan membuat apa saja
Apa saja sampai kita terlupa
Siapa diri kita sebenar dan
Tidak bersyukur kepadanya
Dan bila tiba masanya
Cinta berubah menjadi racun
Meracuni jiwa kita
Seksa kita
Merana hidup kita bila di sakiti hati
Sampai kadang kala kita terfikir
Tiada guna hidup lagi di dunia ini
Cinta itu bukan senang
Memang nampak indah
Memang nampak kecantikanya
Tapi bila kita berada dalam situasi itu
Banyak lagi yang kita tak tahu
Tentang cinta yang sebenar
Cinta perlu pengorbanan
Pengorbanan demi cinta
Tak kisah lah apa yang dikehendaki
Tak kisah lah berapa jauh ia perlu
Berapa berat harus dipikul
Berapa banyak kesabaran
Asal kan cinta itu akan menjadi indah
Dan aku akan mencari cinta
Cinta yang suci
Dan aku rela berkorban demi cinta
Kerana cinta akan membuat ku bahagia
Tak akan sunyi bila ada cinta
Kerana cinta akan selalu berada disamping ku
Dan aku pasti cintaku akan selalu bahagia
Bila disamping ku
Aku akan mula dengan pelahan
Dan aku akan bersabar hanya untuk cinta
Kerana kesabaran lah yang akhirnya dapat
Sesuatu selepas banyak dugaan ditimpa
Aku akan menunggu cinta
Dan tidak ku rasa jemu
Kerana cinta sahaja yang akan
Merubah diri ku menjadi bahagia
Aku akan melukis cinta
Dan aku akan terus memperjuang
Demi untuk cinta.......
-Farhan