
Tak sangka ku hidup di dunia
Yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Bila aku celik kan mata ku
Aku tak tau apa benda yang berlaku
Hingga kan ku umur 4 tahun
Baru lah aku mengerti sedikit demi sedikit
Tentang dunia ini.
Ia penuh dengan
Kebahagian
Ketawa
Keriangan
Ini lah yang ku rasa apa bila
Ku disayangi oleh semua
Tapi hidup ku bermula bila
Aku fahami apa yang terjadi.
Dan hari semakin hari
Kebahagian
Ketawa
Keriangan
Semuanya pergi dengan pelahan
Semuanya pergi tanpa kuduga
Semuanya pergi dan terus hilang
Aku seperti orang yang tak ada harga diri
Ku dilayan seperti sampah
Dikutip di tengah jalan
Dan hanya menjadi mainan manusia
Yang tak tahu erti kesyukuran
Mereka cuma mementingkan diri sendiri
Tak hirau kan perasaan orang lain
Asal kan mereka bahagia.
Aku terima semua itu
Aku hanya senyum melihat mereka
Mempermainkan
Mencaci
Dan menghina
Diri ku
Kerana dunia ini hanya sementara
Dan diri ini adalah pinjaman
Untuk kita mempelajari hidup
Sebelum ke syurga yang tiada akhirnya
Sekarang,
Hanya lagu dan dirimu
Yang menemani diriku
Biar lah ku begini
Kerana ia akan membuat ku sedar
Tempat yang ku tinggal ini
Adalah bernama dunia dan ia akan
Ubah sikap ku dan memberi
Peluang sekali lagi untuk berubah
Sebelum ku pergi dan hilang
Buat selama lama nya....